Indahnya Kurniaan Madu Untuk Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan

     

     Pada setiap tahun, umat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Seperti kita sedia tahu, berpuasa secara asasnya meletihkan sekiranya kita melakukan sesuatu yang melibatkan pergerakan fizikal yang banyak. Namun begitu, sekiranya kita bersahur dengan mengamalkan pemakanan yang betul, tidak mustahil untuk kita tampil cergas dan bertenaga.


     Makanan yang disyorkan ketika bersahur ialah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, kurma selain juga bekalan air yang mencukupi. Madu juga dapat membantu untuk mengekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh! Sudah tentu madu yang terbaik untuk diamalkan ialah madu kelulut yang berguna untuk manusia.


Pengambilan madu kelulut bukan sahaja ketika bersahur, tetapi ketika berbuka puasa juga amat digalakkan

  • Membantu seseorang untuk kekal bertenaga dan tidak mudah letih untuk melaksanakan ibadah itu sekiranya pengambilan madu pada setiap hari

  • Mengurangkan risiko menghidap penyakit

  • Mencegah dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit kerana kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa

  • Membantu penghidap gastrik untuk berpuasa kerana komposisi komponen flavonoid dan finolik tinggi

     Selain daripada menjadi salah satu daripada makanan yang disyorkan ketika bulan Ramadhan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

     Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

     Selain itu, madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar serta membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Comments

Total Views

11752