Madu Untuk Bayi & Kanak-kanak



Seperti kita sedia maklum, madu mempunyai pelbagai kebaikan tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Dalam coretan kali ini, Falah Farm akan memaparkan antara kebaikan mengambilnya kepada kanak-kanak.

          Antara faedahnya ialah sudah tentu madu ini mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang amat berguna dan penting bagi pertumbuhan fizikal anak-anak.

       Selain itu, madu bertindak sebagai anti oksidan dan agen yang mampu melembapkan kulit dan juga mengekalkan kulit yang lembut. Bukan itu sahaja, rambut yang sihat juga dapat diperolehi dengan mengambil madu.

           Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas pula, madu ini bertindak sebagai penyembuh semula jadi bagi batuk kering dan kahak yang pekat. Pengambilannya akan menggalakkan pengeluaran air liur dan secara tidak langsung mencairkan atau melonggarkan kahak pekat.

             Namun begitu, madu ini tidak disarankan diberi kepada kanak-kanak di bawah umur setahun. Seelok-eloknya apabila bayi tersebut cukup 18 bulan, barulah selamat utuk dia diberi madu menurut ahli perubatan dan ahli pediatrik.

             Hal ini demikian kerana madu mengandungi endospora yang tidak aktif daripada spesies bakteria yang dikenali sebagai Clostridium botulism. Endospora ini berisiko tinggi untuk menjadi punca kewujudan botulisme(sejenis penyakit keracunan makanan) pada bayi. Endospora ini akan berubah menjadi bakteria beracun dalam sistem pencernaan bayi yang lebih rendah.

Penyakit ini haruslah dipandang serius kerana boleh mendatangkan kematian. Tanda-tanda botulisme adalah seperti muntah, lesu, tidak kuat menyusu dan lemah. Tanda-tanda ini akan muncul sekitar lapan jam hingga ke 36 jam selepas pengambilam madu. Oleh itu,amat disarankan agar madu hanya diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 18 bulan tau setahun ke atas agar tidak masalah menimpa.

Comments

Total Views

11756