Mitos Tentang Madu
Pada era globalisasi ini, anda pasti pernah membaca tentang mitos-mitos yang kelihatan seakan benar. Namun begitu, tidak semua mitos benar. Dalam coretan ini, Falah Farm ingin berkongsi dengan anda tentang mitos-mitos yang berkaitan dengan mengenal ketulenan madu asli.

Terdapat mitos yang mengatakan bahawa madu asli tidak akan dihurungi oleh semut. Cara ini bukanlah yang terbaik untuk menentukan ketulenan madu.
Hal ini kerana semut akan menghurungi madu sama ada tulen atau tidak. Madu mengadungi glukosa 'monosaccharide'. Glukosa ini bersifat manis seperti gula sintetik 'polisacharide'. Walau bagaimanapun, ada juga madu yang tidak dihurungi semut kerana madu jenis ini mengeluarkan gas madu segar yang mempunyai tahap keasidan yang tinggi.
Mitos yang mengatakan madu asli tidak membeku jika diletakkan di dalam peti sejuk. Mitos ini tidak benar kerana madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk kerana adanya kandungan air dalam madu. Walau bagaimanapun, terdapat juga madu yang tidak membeku. Hal ini demikian kerana madu tersebut mempunyai kandungan air yang sedikit.
Ada juga mitos tentang madu asli memberi kesan separuh masak kepada kuning telur. Jangan terkejut kerana madu tiruan juga boleh menghasilkan ilusi kuning telur separuh masak ini.
Hal ini boleh berlaku kerana terdapat segelintir penjual yang tidak bertangungjawab telah mencampur kapur yang bersifat panas ke dalam madu tiruan dengan kadar tertentu.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika membuat pembelian madu kerana pada zaman sekarang terlalu ramai yang sudah tertipu dengan penjual yang tidak jujur.
#choose #FalahFarm #forhealthylife☺
Hal ini boleh berlaku kerana terdapat segelintir penjual yang tidak bertangungjawab telah mencampur kapur yang bersifat panas ke dalam madu tiruan dengan kadar tertentu.
#choose #FalahFarm #forhealthylife☺


Comments
Post a Comment