Cara Madu Kelulut Terhasil
Tahukah anda bagaimana madu kelulut dihasilkan? Dalam coretan kali ini, Falah Farm akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana madu kelulut dihasilkan.
Madu kelulut dihasilkan oleh lebah tidak bersengat atau lebih dikenali sebagai Meliponini. Lebah ini sering didapati di kebanyakan kawasan tropika seperti Australia, Afrika dan Asia Tenggara.
Lebah ini lebih kecil berbanding lebah biasa di mana saiznya boleh mencecah kira-kira tiga hingga lima milimeter. Badannya masih sama seperti lebah biasa iaitu yang mempunyai belang kuning dan hitam serta mempunyai saiz badan yang lebih langsing.
Lebah ini lebih tenang, seolah-olah lebih santai berbanding lebah biasa yang sering berlegar-legar ketika dipertemukan. Lebah ini mempunyai penyengat namun ia tidak sekuat sengatan lebah biasa dan ia tidak dapat digunakan untuk mempertahankan diri. Namun begitu, lebah ini agresif sekiranya diganggu. Mereka sering menyerang pada bahagian kulit yang agak lembut kulit seperti kelopak mata, bibir, muka dan leher.
Untuk mendapatkan madu sudah tentu lebah. Permaisuri lebah akan dibawa masuk ke dalam sarang kotak untuk menarik tentera pekerja lebah.
Untuk mendapatkan madu sudah tentu lebah. Permaisuri lebah akan dibawa masuk ke dalam sarang kotak untuk menarik tentera pekerja lebah.
Tahukah anda bahawa kotak(log) ini merupakan tempat tinggal oleh bagi lebah ini? Di sini merupakan tempat dimana madu ini dapat diambil.
Ini merupakan pemandangan di ladang madu. Ladang ini akan dipenuhi dengan barisan rumah-rumah lebah madu yang kecil. Cantik bukan?
Lebah ini menyimpan madu di dalam sarang kom lilin. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul. Dindingnya diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Tempayan lilin lembut, yang seakan berbentuk telur, akan dibina di luar involkrum di mana ketinggiannya boleh mencecah dari lima sehingga 40mm tinggi.
Batumen merupakan satu bahan istimewa yang diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan yang menutup muncung sarang kelulut serta melindungi koloni daripada air dan musuh kerana ia boleh begitu kuat dan tebal.
Selepas tiga bulan, kumpulan yang baru pula akan digunakan setelah madu di dalam kotak diambil. Namun begitu, persekitarannya perlu diambil berat. Hal ini demikian kerana, kumpulan lebah yang baharu ini memerlukan debunga sebagai makanan mereka. Sekiranya kawasan tersebut kekurangan bunga kerana digunakan oleh kumpulan lebah yang lama, sudah tentu lebah kumpulan baru ini tidak dapat menghasilkan madu.
Dianggarkan bahawa kira-kira 700gram madu, yang rasa manis, masam dan tajam, terhasil di dalam kotak-kotak kecil ini. Tambahan pula, madu kelulut ini adalah dua kali lebih berkhasiat daripada madu biasa, menurut Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Anda tak ceritakan bagaimana terhasilnya madu kelulut.
ReplyDeleteMacam mana lebah tu buat madu?
ReplyDelete