Bunga Kegemaran Lebah Kelulut

Untuk menjayakan sesebuah ladang madu, penternak haruslah tahu tentang sumber makanan lebah. Antara tumbuhan yang  boleh ditanam oleh penternak sebagai sumber nektar dan pollen bagi kelulut adalah seperti berikut :



Nodding Onions
(Allium Cernuum)
Bunga ini berbentuk seperti loceng dan mempunyai seakan mentol berbentuk kecil ditengahnya. Bunga ini hanya hidup pada bulan Julai atau Ogos. Bunga ini mempunyai debunga yang berwarna merah jambu atau putih atau kuning dan stamen berwarna kuning


Rattlesnake Master
(Eryngium yuccifolium)
Daunnya panjang dan tajam. Warna bunganya hijau kebiruan. Bunganya tumbuh berkelompok-kelompok. Kelopak bunga pula mekar pada bulan Julai dan Ogos. Kelopaknya berwarna putih kehijauan/putih kehitaman dan aromanya seperti madu.


Purple Prairie Clover
(Dalea Purpurea)
Pokok ini tumbuh 20 hingga 90 sentimeter tinggi. Mempunyai daun beberapa sentimeter panjang dan dibahagikan kepada 3 hingga 7 cabang. Pokok ini mempunyai bunga-bunga berwarna ungu

New England Aster

(Aster Novae-angliae)
Warnanya merah dari biru keunguan ke merah jambu keunguan. Di bahagian tengahnya berwarna kuning yang cerah. Seperti kebanyakan asters  akhir musim, bunga ini akan berkembang dan meyediakan sumber nektar untuk pendebungaan terutamanya Monarchs bagi sebagai bekalan makanan mereka untuk berhijrah ke tempat lain.


Stiff Goldenrod
(Solidago Rigida)


Bunga ini sesuai hidup subur di tanah liat ataupun di pasir kering. Batang ini berfungsi sebagai tempat bertenggek bagi 'songbird'. Benihnya merupakan makanan bermusim untuk burung


Prairie Spiderwort

(Tradescantia Occidentalis)
Batang pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggian 2 kaki. Daunnya tirus dan panjang. Setiap batang akan mempunyai banyak cawangan. Bunganya berwarna biru keunguan dan mempunyai enam stamen yang berwarna kuning. Pada waktu tengahari, bunga ini kucup selama sehari.


White Wild Indigo
(Baptisia Alba)
Pokok ini berketinggian 2 hingga 4 kaki tinggi. Batang pokok ini memegang bunga yang seakan biji kacang di hujungnya. Daunnya akan bertukar daripada berwarna kelabu kebiruan ke hitam pada musim luruh. 












Prairie Blazingstar

(Liatris Pcynostachya)
Nama 'Pycnostachya' berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud 'penuh sesak' yang menggambarkan kepadatan bunga-bunga. Warnanya akan kekal baik walaupun telah dikeringkan



Eastern Purple Coneflower

(Echinacea Purpea)
Pokok ini mempunyai mempunyai batang bunga yang ketinggian 2-5 kaki.Kebesaran daun semakin mengecil apabila semakin hampir dengan bunga. Bunganya berwarna merah jambu keunguan dan jarang sekali berwarna putih dan akan melabuh ke bawah . Di tengahnya, terdapat bebola berwarna coklat. Bunga ini sering digunakan sebagai minuman teh, dikhabarkan dapat meningkatkan imun sistem badan. 




False Sunflower

(Heloipsis Helianthoides)
Bunga ini berwarna kuning keemasan. Amat sesuai untuk berbunga pada musin panas dan musin lembap. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 45 cm tinggi


Golden Alexanders

(Zizia Aurea)
Bunga ini tumbuh dalam kelompok yang berbentuk rata(umbels) dan mempunyai 10 hingga 18 kumpulan (umbelet) bunga yang mempunyai kira-kira 20 bunga setiap kumpulan. Bunga ini mempunyai 5 kelopak kuning yang melipat ke dalam dan 5 kuning stamens.

Comments

Total Views

11725