Piawaian (MS) 2686 Madu Kelulut

Semenjak kebelakangan ini, industri madu kelulut semakin maju yang merangkumi penternak seluruh negara. Namun begitu, permintaan yang tinggi tidak dapat dicakupi buat masa ini. Hal ini menyebabkan harga bagi produk ini meningkat yang menjadi punca madu kelulut tiruan dapat dipasarkan. Natijahnya, bukan sahaja keyakinan para pembeli menurun tetapi menjejaskan imej produk tempatan.


Oleh itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Jabatan Standard telah mengambil tindakan dengan membangunkan Standard Malaysia (MS) 2686 madu kelulut bagi menanggani masalah penjualan madu tiruan di pasaran. Piawaian ini merangkumi keperluan kualiti, kebersihan, pembungkusan dan pelabelan bagi madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah jenis Meliponini. 

Kementerian dan agensi berkaitan, pusat pe­ngumpulan dan pihak pemprosesan serta pe­ngeluar produk madu ke­lulut boleh menjadikan piawaian ini sebagai rujukan dalam memastikan madu keluaran tempatan adalah selamat, berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pengguna.

Selain itu, Amalan Pertanian Baik (APB) lebah jenis Apini dan Meliponini atau MS 2679 juga dibangunkan sebagai rujukan dalam aktiviti pemeliharaan lebah. Perkara ini penting untuk menghasilkan madu berkualiti.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Total Views