Khasiat-khasiat Pengambilan Madu Kelulut

Kita sudah sedia maklum bahawa madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat apabila mengambilnya. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang kebaikan yang boleh diperoleh daripada madu kelulut ini. Falah Farm akan memaparkan antara khasiat mengambil madu kelulut. Selamat mencuba!


GASTRIK
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.



DEMAM
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air masak. Disarankan diminum sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.



KANSER USUS
Boleh disembuhkan dengan mengambil sebanyak 3 sudu kecil madu kelulut dengan air masak sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air masak sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air masak sebelum tidur malam.



CIRIT BIRIT
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air masak. Disarankan diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.



ANTIBIOTIK
Dinasihatkan mengambil 1 sudu kecil madu kelulut yang dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari.



BATUK
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3 ke 7 hari. Cara lain adalah mencampurkan perahan 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Minum 3 kali sehari



BIBIR PECAH
Sapukan sedikit madu kelulut pada tempat bibir yang pecah



KENCING MANIS
Dinasihatkan agar mengambil 1 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam



BENGKAK/BENJOL
Campurkan 1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung. Sapukan pada kawasan bengkak



CERDAS
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.


CERGAS
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.



DARAH TINGGI
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.


DARAH KURANG (Anemia)
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.



KUDIS
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.


LUKA
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insha Allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.



SAKIT JANTUNG
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, Insha Allah ada perubahan yang positif.



SAKIT PINGGANG
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).


SAKIT PERUT
Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam


SESAK NAFAS
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.




SUSAH TIDUR
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut




SEMBELIT
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.




SUARA SERAK
Tumbuk halus 1 inci halia + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.




SELERA MAKAN
 Minum 1 hingga 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari




ANAK KENCING MALAM
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut.  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

Info ini hanyalah sebagai panduan pengambilan madu kelulut yang penuh dengan khasat sebagai makanan tambahan. Jangan jadikannya umpama ubat. Sekiranya sakit masih berterusan, dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang bertauliah. 

#choose #FalahFarm #forhealthylife😃

Comments

Total Views

11863