Cara Mengenal Pasti Ketulenan Madu Kelulut


     Sejak kebelakangan ini, peniaga yang mendakwa menjual madu kelulut asli, tulen dan tiada sebarang campuran bahan lain semakin berleluasa. Peniaga-peniaga ini menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding peniaga yang menjual madu kelulut asli.

     Tahap kekreatifan mereka yang tinggi, madu palsu ini menjadi pilihan kebanyakan pengguna yang sebenarnya tertipu dengan janji manis peniaga ini. Disebalik penipuan yang mengatakan pengambilan madu kelulut, yang berharga murah ini, mampu memberikan khasiat yang tinggi, sebenarnya mendedahkan pengguna kepada risiko yang berkaitan dengan kesihatan.

     Bayangkan, kita mengambil madu tiruan tersebut pada setiap hari dengan sukatan yang disarankan yang sepatutnya bertujuan untuk menstabilkan dan mengawal kandungan gula dalam darah tetapi tahap kesihatan kita semakin teruk seperti kadar gula dalam darah meningkat. Hal ini berpunca akibat daripada adanya kandungan bahan tambahan dalam madu yang biasanya merupakan campuran gula merah bagi menyamai gred madu yang bermutu dan berkhasiat yang tinggi. 

Sehubungan itu, Falah Farm akan memberikan sedikit tips bagaimana anda boleh mengenal pasti madu kelulut tersebut sama ada tulen atau sebaliknya. 


CARA MENGENAL PASTI KETULENAN MADU KELULUT ASLI


CARA 1
Untuk mengenal sama ada madu itu asli atau tidak, masukkan madu ke dalam segelas air suam. Madu yang asli tidak akan cepat larut dan airnya tetap akan jernih sebelum dikacau. Madu yang palsu akan mudah larut dan air tersebut akan cepat menjadi keruh.

CARA 2
Lakukan ujian pembakaran. Letakkan lebih kurang setengah sudu madu ke dalam sudu besar diperbuat daripada logam. Seterusnya, layur sudu tadi di atas api. Lihat buih-buih yang terhasil. Sekiranya buih-buih tersebut adalah kecil seperti buih-buih ketika air mendidih, maka madu tersebut adalah palsu. Manakala, bagi madu kelulut yang asli, buih-buihnya akan berkembang dan bertambah jika masih dipanaskan.

CARA 3
Langkah ini mungkin akan lebih mudah dipraktikkan sekiranya anda seorang yang sudah biasa mengambil madu asli. Madu asli mempunyai rasa yang menyengat seakan rasa yang tajam. Bau aromanya juga boleh dibezakan. 

CARA 4
Jika anda membiarkan madu asli di dalam kemasan botol dalam jangka masa yang agak lama, terdapat gelang propolis/pollen di lapisan teratas madu. Sama juga berlaku dengan madu asli yang segar dan dibiarkan dalam jangka masa kira-kira lebih seminggu, terdapat juga kesan propolis pada botol.

CARA 5
Madu asli akan bertambah cair apabila ditempatkan di kawasan yang berkelembapan tinggi atau kata lain 'high humidity'. Hal ini demikian kerana, madu asli bersifat menyerap air atau Higroskopik.

CARA 6
Kandungan gula yang spesifik yang terdapat dalam madu asli dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.

Oleh itu, jangan hanya disebabkan harganya yang murah, anda rasa anda merupakan seorang pembeli yang bijak. 

Falah Farm mengutamakan kepentingan pengguna agar mendapat manfaat sepenuhnya setanding dengan wang yang anda keluarkan untuk mendapatkan madu kelulut yang asli, tulen dan bermutu tinggi.



Sesuai dengan tag kami : #choose#FalahFarm#forHealthyLife ☺

Comments

  1. Kalau madu kelulut tersebut dihurung oleh semut..adakah ia asli??atau tiruan

    ReplyDelete
  2. semua tk blh pakai kena hntar makmal jugak

    ReplyDelete
  3. Kalau madu kelulut d campur air.. Dlm botol.. Byk buih ke yg timbul

    ReplyDelete

Post a Comment

Total Views

11858