Artikel Cara Mengenal pasti Ketulenan Madu Asli

Kami ingin kongsikan artikel yang sangat bagus kepada anda semua. Sekarang ini, terdapat banyak madu-madu yang dikomersialkan sebagai madu asli tulen.
Hakikatnya, madu-madu ini telah dicampurkan dengan baha-bahan lain seperti gula. Bak pepatah, indah khabar dari rupa. Harga madu asli sedikit mahal kerana isi kandungannya tidak dicampur apa-apa bahan selain daripada khasiat- khasiat yang terkandung di dalamnya.Penternak kelulut juga mempunyai risiko tersendiri iaitu 'permaisuri kelulut' boleh 'lari' meninggalkan sarangnya yang menyebabkan madu tidak dapat dihasilkan. Oleh sebab itulah harga madu asli agak mahal berbanding madu campuran.
Bacalah artikel yang bermanfaat ini supaya kita tidak mudah dipermainkan oleh penjual madu dan sebagai tips untuk kita mengenal ketulenan madu.
Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik dengan nilai yang dibayar bagi manfaat kesihatan anda.
Kalau kite buat satu saje test, dan berjaya.. perlukah buat test yg lain utk pastikan tulen madu tu...?
ReplyDeleteTerima kasih atas malum balas! Ya, sekiranya tuan ingin mendapatkan kepastian yang lebih sahih dan tepat, memang disarankan untuk membuat ujian ulangan beberapa kali atau mencuba ujian dengan kaedah yang lain pula. Hal ini kerana kemungkinan terdapat ralat atau selisih kpd result atas faktor-faktor teknikal, suhu persekitaran dan bahan yang digunakan. Selamat mencuba :)
Delete