Resepi Berkhasiat Menggunakan Madu Kelulut


Dalam coretan hari ini, Falah Farm ingin berkongsi dengan anda resipi smoothie best menggunakan madu kelulut. Kreatif kan ๐Ÿ˜‰

Kalau madu lebah boleh dijadikan bahan dalam masakan, madu kelulut pun sama. Lebih menyeronokkan ialah kita boleh dapat khasiat yang sangat tinggi daripada madu tersebut.

Senang, cepat dan sedap sangat. Boleh lah menarik minat kanak-kanak kerana ibarat makan aiskrim.

Di bawah dikongsikan resipi Smoothie Avokado dengan Madu Kelulut. Tetapi, sekiranya tidak gemar avokado, bolehlah anda menggantikan nya dengan buah-buahan lain mengikut cita rasa anda. Cuma, penggunaan avokado boleh memberikan khasiat tambahan iaitu  membantu membaiki 'skin complexion' kita agar lebih cantik dan sihat. Okay lah, jom lihat resipinya๐Ÿ‘


Bahan-bahan:

  • 1 biji avokado (isinya mestilah yang telah lembut)
  • 2 sudu besar yogurt Greek (original)
  • 1sudu besar jus kurma (memberi rasa manis tambahan kerana madu kelulut rasanya agak masam)
  • 1 sudu besar madu kelulut
  • 1 gelas susu segar / air masak (terpulang kepada cita rasa anda kerana susu akan memberi rasa lebih lemak)
  • Ketulan ais batu


Cara :

  1. Potong dadu isi avocado.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan isi avokado ke dalam pengisar biasa atau pun 'fruit mixer'
  3. Kisar sehingga hancur
  4. Masukkan beberapa ketulan ais batu dan kisar sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam gelas smoothies. Nikmatilah dengan penuh selera.๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Perkongsian :

Sebagai seorang pesakit kanser, saya memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil adalah berkhasiat dan membantu proses penyembuhan saya. Oleh itu, sepanjang saya menjalani rawatan, terutamanya rawatan kemoterapi, smoothie adalah amalan wajib bagi saya untuk menambah kalori akibat kesan ubat kemo. Tiada istilah pantang makan bagi saya kerana untuk menjadi sihat serta membantu keberkesanan ubat kemo untuk berfungsi dengan efektif, badan kita mesti kuat dan bertenaga.


No no diet ye. Jangan takut untuk menikmati smoothie. Hal ini kerana smoothie mengandungi kandungan kalori yang agak tinggi, oleh itu ianya amat sesuai diambil ketika dalam proses rawatan. Kesannya, smoothie akan memberikan tenaga dan membantu menaikkan/ menggantikan makanan akibat kurangnya selera makan serta mudah untuk ditelan sekiranya anda mendapat kesan sampingan ulser mulut.

Selain itu, penggunaan madu kelulut juga mampu membantu dalam pengawalan stres, keradangan, antioksidan kerana kandungan antioksidan yang lebih tinggi daripada madu lebah dan sememangnya bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

Oleh itu, saya harap anda mencuba resipi berkhasiat ini dan sekiranya anda seorang pesakit kanser, janganlah takut untuk makan. Rujuk dengan yang bertauliah dan bukan mitos semata-mata.

Ok, selamat mencuba! In Sha Allah akan saya muat naik lagi resipi berkhasiat menggunakan madu kelulut dan berkongsi pengalaman saya sebagai pesakit kanser yang mungkin boleh menjadi rujukan atau panduan untuk anda. Doakan saya agar terus sihat supaya dapat terus berkongsi dengan anda semua.๐Ÿ˜‰


#choose#FalahFarm#forHealthyLife๐Ÿ˜Š

Comments

Total Views