Profil Syarikat Falah Farm Enterprise
PROFIL SYARIKAT
Falah Farm Enterprise adalah sebuah
syarikat yang telah ditubuhkan pada 12 Mei 2017 dengan no.pendaftaran : SA
0425144-T di bawah Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftran Perniagaan 1956.
Penubuhan syarikat ini adalah atas inspirasi
dan kesedaran betapa pentingnya mendapatkan makanan yang berkhasiat, mempunyai kandungan zat nutrisi yang tinggi dan memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat.
Lambakan makanan yang mempunyai kandungan
tinggi bahan pengawet, perasa tiruan,
pewarna tambahan, disamping penggunaan
bahan kimia dalam menjamin pengeluaran produk yang tinggi, telah memberi kesan negatif kepada kesihatan kita
tanpa disedari.
Penyakit
seperti diabetes, darah tinggi, kanser
dan lemah jantung adalah antara penyakit yang sering dikatakan sebagai ‘silent
killer’ yang didapati mempunyai kaitan berpunca daripada makanan.
Sehubungan dengan itu, Falah Farm
Enterprise menawarkan penjualan produk yang menjaminkan keaslian, bersifat organik, bersih dan berkualiti tinggi. Ini
selari dengan objektif kami yang
mementingkan kesihatan pelanggan / pengguna selain daripada menjadikan setiap jualan
sebagai amal jariah dengan menawarkan harga mampu milik yang mampu dibeli oleh
setiap golongan pelanggan / pengguna.
Produk pertama yang dikeluarkan oleh Falah Farm Enterprise
adalah MADU KELULUT yang asli, tulen, tiada
sebarang campuran bahan tambahan, pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Diambil sendiri dari ladang ternakan kelulut yang diusahakan.
Madu kelulut yang mempunyai beribu-ribu keistimewaan dan khasiat
ini, dijamin berkualiti untuk memberikan kesihatan abadi kepada tubuh badan yang turut akan memberikan
kebahagian dalam menjalani kehidupan harian.
Comments
Post a Comment