Kepelbagaian Kaedah Pengambilan Madu Kelulut

Seperti yang sedia maklum, madu kelulut adalah lebih berkhasiat dan memberik banyak manfaat kepada kita sehingga boleh diklasifikasikan sebagai 'superfood'. Falah Farm bukan sahaja berkongsi dengan anda melalui pengeluaran madu kelulut yang asli dan bermutu tinggi, tetapi juga berkongsi maklumat berkaitan dengan madu tersebut melalui pelbagai sumber dan pengalaman sendiri pemilik Falah Farm.
Antara kaedah pengambilan madu kelulut ialah dengan pengambilan madu kelulut setiap pagi iaitu setengah jam sebelum sarapan adalah satu kaedah yang sangat baik. Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air dan mengacaunya sehingga larut.
Anda juga digalakkan untuk mengambilnya pada waktu malam sebelum tidur. In Sha Allah pengambilannya dapat menyembuh serta mencegah pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh mahupun dalam darah.
Anda juga digalakkan untuk mengambilnya pada waktu malam sebelum tidur. In Sha Allah pengambilannya dapat menyembuh serta mencegah pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh mahupun dalam darah.
Selain itu, bahan-bahan lain seperti jus kurma, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan jus limau juga boleh dicampurkan bersama madu kelulut untuk menambahkan keenakannya serta selera anda. Penggunaannya boleh dipelbagaikan dalam masakan seperti salad dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, madu kelulut juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa dicampurkan dengan bahan lain. Kesannya, penyakit yang berkaitan dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak dan sebagainya dapat dirawat serta dicegah. Dalam posisi duduk, bacalah Bismillah, berselawat dan berdoalah kepada Allah SWT sebelum meminumnya sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
#choose#FalahFarm#forHealthyLife😊

Comments
Post a Comment